Latar belakang FELDA Sungai Kelamah

Penubuhan

Penubuhan FELDA ini adalah untuk menangani masalah petempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru agar dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Seramai 403 keluarga telah dipanggil untuk menyertai tanah rancangan ini. Mereka dipilih adalah dalam kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.

Felda Sungai Kelamah mula ditubuhkan pada tahun 1965 yang menempatkan seramai 403 orang peneroka. Keluasan kawasan Felda ini ialah 29.92 hektar manakala keluasan kawasan tanaman getah seluas 1592.55 hektar . kebanyakkan peneroka yang terpilih untuk menyertai tanah rancangan FELDA Sungai Kelamah berasal dari Negeri Sembilan sebanyak 90% dan selebihnya berasal dari Melaka dan Johor. Kelapa sawit dan getah merupakan sumber utama pendapatan golongan peneroka disini.

Perkembangan

Banyak perkembangan dan kemajuan FELDA Sungai Kelamah telah dicapai antaranya perniagaan D'Mart, kawasan perumahan bertambah, pembinaan masjid baharu, Pusat Literasi Keluarga (PLK), Skim Tuisyen Felda, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Sungai Kelamah dan lain-lain lagi.

Pemberhentian masukan peneroka

Pada tahun 1990 pengambilan peneroka tidak lagi dilaksanakan kerana telah banyak kawasan baru dibuka untuk golongan yang tidak berkemampuan dan pada tahun itu juga tanah rancangan FELDA diuruskan sendiri oleh FELDA. Oleh kerana FELDA terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pengurus dilantik untuk menguruskan sesebuah Felda itu sendiri.Pengurus merupakan ketua pentadbir dalam sesebuah Felda. Beliau bukan sahaja mengurus sesebuah Felda, malah beliau juga sebagai tempat mengadu sekiranya peneroka menghadapi masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ladang.